Langkau ke kandungan
MewFlyZ

Terma perkhidmatan

Kemas kini terakhir 11 Oktober 2026

Skop dahulu

Tiada apa yang dibina sehingga skop ditulis dan awak sahkan. Skop menyenaraikan halaman, fungsi, apa yang awak bekalkan dan harga. Kerja di luar skop disebut harga secara berasingan sebelum dimulakan.

Harga dan bayaran

Harga dalam ringgit Malaysia dan disenaraikan di halaman harga. Tiada SST dikenakan. Awak bayar melalui DuitNow atau pindahan bank selepas skop dipersetujui dan sebelum kerja bermula. Tapak web ini tidak menerima bayaran.

Pek Landing dan subdomain

Pek Landing ialah RM50 untuk 5 landing page, dan setiap page tambahan RM9. Halaman diterbitkan pada subdomain mewflyz.com, percuma 1 tahun dari tarikh pelancaran.

Untuk kekalkan subdomain selepas itu, bayarannya RM20 setahun. Subdomain kekal sebagai sebahagian daripada mewflyz.com dan tidak dipindahkan kepada awak. Domain dan hosting awak sendiri tidak termasuk.

Website Penuh

Website Penuh bermula dari RM250. Harga muktamad bergantung pada spesifikasi dan dipersetujui secara bertulis sebelum kerja bermula.

Email perniagaan

Email perniagaan belum tersedia. Mendaftar minat tidak menempah nama pengguna dan tidak membuat pesanan.

Kandungan yang awak bekalkan

Teks, gambar, logo dan tanda dagangan yang awak hantar mesti milik awak, atau digunakan dengan kebenaran. Kami tidak menyemak pemilikan bahan yang dibekalkan.

Perubahan selepas skop

Skop menyatakan cara perubahan dikendalikan. Apa-apa di luar skop disebut harga sebelum dibuat.

Apa yang kami tidak janjikan

Kami tidak menjanjikan kedudukan carian atau bilangan pertanyaan, kerana kedua-duanya di luar kawalan kami.

Liabiliti

Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang awak bayar untuk kerja berkenaan.

Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Soalan

Email adam.zhfk@mewflyz.com atau WhatsApp +60 11-2105 1395. Kami lebih suka menerangkan sesuatu terma sekarang daripada bertelagah kemudian.